Polis telah menahan seorang lelaki yang memandu kereta secara melulu selepas ditegur menghisap rokok di stesen minyak di Damansara Damai, insiden yang sebelum ini tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan M Hussin Sollehuddin berkata, suspek berusia 35 tahun itu berjaya ditahan di Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor, pada jam 2 petang tadi.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 34 rekod jenayah lampau. Selain itu, ujian saringan air kencing terhadapnya mendapati dia positif ganja.
Susulan daripada hasil ujian tersebut, pihak polis telah membuka satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek dijadualkan untuk direman esok di Mahkamah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, kejadian itu mula tular di media sosial selepas video menunjukkan pemandu berkenaan bertindak secara melulu apabila ditegur menghisap rokok di stesen minyak.
The post ‘Ada 34 rekod jenayah rupanya’ – Lelaki ditahan selepas video tular di media sosial appeared first on The Reporter.




