Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa

24 Mar 2023 • 9:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Karim berkata, Sarawak mempunyai garis panduan sendiri mengenai penganjuran konsert.

Agensi Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Asing (PUSPAL) baru-baru ini mendedahkan satu set peraturan baharu yang perlu dipatuhi oleh artis asing yang berhasrat untuk membuat persembahan secara langsung di Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzli, kemas kini itu dibuat untuk melindungi sensitiviti semua orang di Malaysia.

image is not available
Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa. Sumber: BFM

Artis lelaki juga dilarang membuat persembahan dengan memakai pakaian wanita

Antara peraturan yang dikuatkuasakan adalah melarang artis antarabangsa mengadakan konsert besar pada malam dan ketika sambutan perayaan Islam. Artis lelaki juga dilarang membuat persembahan dengan memakai pakaian wanita, dan artis lelaki serta wanita dilarang membuka baju ketika di atas pentas.

Walau bagaimanapun Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim menyatakan bahawa Sarawak tidak melaksanakan peraturan baharu kerajaan persekutuan untuk artis antarabangsa.

image is not available
Sumber: BFM

“Ada beberapa peraturan yang perlu mereka patuhi, tetapi kita masih fleksibel” – Karim

Jelas beliau dalam sebuah kenyataan, Sarawak Sarawak mempunyai garis panduan sendiri mengenai penganjuran konsert.

“Tetapi sudah pasti, saya tidak mahu artis luar negara membuat persembahan dalam keadaan bogel di atas pentas. Ada beberapa peraturan yang perlu mereka patuhi, tetapi kita masih fleksibel”

Mereka tidak akan dapat mendapatkan permit untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur. Namun di Sarawak, mereka diberi kebenaran untuk membuat persembahan tersebut.

Ini menunjukkan bahawa pihak yang mengeluarkan kebenaran mempunyai kemerdekaan atau autonomi untuk membuat keputusan sendiri.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak ini akan menarik minat artis penghibur dari seluruh negara untuk berkunjung ke Sarawak.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: