Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Konsert Seperti Di Semenanjung

24 Mar 2023 • 10:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak mempunyai garis panduan sendiri mengenai penganjuran konsert

Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Konsert Seperti Di Semenanjung. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan bahawa Sarawak tidak melaksanakan peraturan baharu kerajaan persekutuan untuk artis antarabangsa.

“Tetapi sudah pasti, saya tidak mahu artis luar negara membuat persembahan dalam keadaan bogel di atas pentas. Ada beberapa peraturan yang perlu mereka patuhi, tetapi kita masih fleksibel,” katanya kepada laporan selepas menghadiri satu majlis di Kuching.

image is not available
Sumber: BERNAMA

Dalam pada itu, Karim menyatakan mengenai dua artis yang membuat persembahan di “Festival Rainforest World Music” di Sarawak tahun lalu dilarang membuat persembahan di negeri lain kerana pemakaian dan persembahan mereka yang dipercayai tidak akan dibenarkan di negeri lain.

image is not available
Sumber: Rainforest World Music Festival

Bahkan, Karim sudah dapat menjangka bahawa kedua-dua artis tersebut mungkin tidak dapat permit sekiranya mahu membuat persembahan di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, kami benarkan. Ini menunjukkan kebebasan atau autonomi kita di sini, kita boleh membuat keputusan sendiri,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, beberapa penggiat dalam industri hiburan membangkitkan kebimbangan pada minggu lepas tentang kesan garis panduan baharu itu terhadap penganjuran konsert.

Garis panduan baharu untuk konsert

Difahamkan, garis panduan tersebut akan berkuat kuasa pada tahun depan, iaitu mencegah atau melarang artis antarabangsa mengadakan konsert besar pada malam dan semasa sambutan perayaan Islam.

Larangan itu termasuk sepanjang Ramadan, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, artis lelaki turut dilarang membuat persembahan dengan memakai pakaian wanita, serta artis lelaki dan wanita dilarang membuka baju ketika di atas pentas.

Bagaimanapun, Sarawak tidak akan mengikut garis panduan baharu itu dan masih berpegang kepada garis panduan di negeri Sarawak sendiri, asalkan bukan keadaan bogel di atas pentas.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan konsert: