Ada Masalah Kewangan, Lelaki Thailand Tinggal Di Atas Pokok Selama 3 Tahun

Entertainment
14 Jan 2023 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di wilayah Isaan, Udon Thani, Thailand, telah mendapat perhatian ramai setelah dia dilaporkan telah tinggal di atas pokok sejak tiga tahun lalu.

Memetik laporan The Thaiger, lelaki yang dikenali sebagai Charlie itu telah tinggal di atas pokok kerana kesempitan hidup.

Dia yang berusia 38 tahun itu juga tetap enggan berpindah ke rumah yang lebih selesa meskipun pihak kerajaan Thai di wilayah berkenaan telah menawarkannya tempat di pusat gelandangan di atas tanah.

image is not available

Difahamkan, dia tetap mahu tinggal di atas pokok sehinggalah kerajaan membantu mencari pekerjaan buat dirinya.

Lagi pula, dia selesa tinggal di atas pokok itu dan enggan menyusahkan orang lain termasuklah kerajaan.

Dia juga mengatakan dia hanya akan berpindah jika pemilik tanah pokok tersebut memintanya berpindah.

Sejak tiga tahun lalu, Charlie telah tinggal di atas pokok dan dia telah membina sendiri ‘rumah’ pokok itu dengan sederhana dengan cara mengikat papan kayu dengan tali untuk menjadikannya sebagai lantai.

Manakala lapisan plastik telah digunakannya untuk dijadikan bumbung.

Difahamkan juga, ketinggian rumah pokoknya itu adalah 10 meter dari tanah.

Sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia, Charlie bekerja di Bangkok dan ketika itu, dia masih mampu menyara keluarga dan dirinya sendiri.

image is not available

Namun, dia telah pulang ke kampung ketika pandemik dan berjaya mendapatkan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, gaji dari pekerjaannya pada ketika itu tidak mampu untuk menampung komitmen bulanannya.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk tinggal di atas pokok selepas semua wangnya digunakan untuk membayar hutangnya.

Charlie juga akan ke kuil untuk makan jika tiada pekerjaan dan dia akan bekerja jika ada yang mengupahnya.

Masyarakat sekeliling juga baik hati kerana ramai juga orang yang kadang-kadang memberikannya makanan.

Sumber: The Thaiger

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.