“Ada Orang Lain..” – Isu Video Kelab Malam Diungkit Semula, Ibu Nafi Anna Jobling ‘Dengki’ Dengan Haneesya Hanee

EntertainmentLifestyle
14 Aug 2025 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan konflik yang berlaku di antara pelakon, Anna Jobling dan ibunya, Ariz, netizen dilihat telah membangkitkan semula isu yang berlaku semasa pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.

Ibu jawab dakwaan Anna ‘dengki’ dengan Haneesya

Malah, dapat dilihat di akaun TikTok Haneesya Hanee, netizen telah ‘berkampung’ dengan mengungkit semula kemenangan yang pernah diraih tetapi ditarik susulan kontroversi kelab malam.

Melalui sesi live di Instagram Ariz, dia telah tampil menjawab soalan panas daripada netizen tentang dakwaan anaknya yang menyebarkan video Haneesya pergi ke kelab malam.

“Bukan anak aunty yang sebarkan..”

Aunty tak rasa anak aunty yang sebarkan video tu, ada orang lain. Kalau you tanya betul ke Anna yang sebarkan video Haneesya tu, setahu aunty Anna tak sebarkan video, ada orang lain yang sebarkan.

Jawapan yang diberikan sekaligus menafikan bahawa Anna terlibat, sambil memberi bayangan ada pihak lain yang mempunyai hasad dengki terhadap Haneesya.

image is not available 2025-08-13 12:00:16

"Biarkan Dia Rasa Kifarah Tu, Ambil Crown Awak Balik!" - TikTok Haneesya Hanee Jadi Tumpuan, Dipuji Tak Pernah Lupa Diri