Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, mencuri perhatian apabila memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.
Kecemerlangan Airit dalam bidang sukan dan akademik membuatkan netizen memuji didikan ibunya, Rita Rudaini. Namun, ada juga yang mengaitkan kehebatannya dalam sukan dengan bapanya, Aidil Zafuan.
Respon Airit undang perhatian netizen

Lebih mengejutkan apabila Airit memberi respon kepada komen tersebut. Menerusi ruangan komen satu perkongsian di TikTok, Airit mempersoalkan “Siapakah itu”.

Respon Airit membuatkan netizen terhibur sampai ada yang melabelkan anak Rita Rudaini ini sebagai ‘slay’.
Terdahulu, Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila seorang pengguna media sosial mengaitkan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Pssttt! Bila anak selebriti membesar di mata umum, memang apa sahaja perkembangan mereka mudah menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pencapaian positif seperti sukan, disiplin dan kejayaan di peringkat kejohanan.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.






