Anak kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin tampil memberi respon selepas kejayaannya dalam bidang olahraga dikaitkan dengan bapanya, bekas pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Airit dilihat memuat naik gambarnya bagi meraikan kejayaan mencatat rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, mewakili pasukan Selangor.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang berpendapat kejayaan tersebut mungkin dipengaruhi oleh didikan Aidil sebagai seorang atlet.
Tidak melatah, Airit membalas komen berkenaan dengan ringkas namun mencuri perhatian ramai.

“Siapa tu tak kenal.”
Sebelum ini, Rita menegaskan kejayaan Airit dalam mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar tiada kaitan dengan bekas suaminya.
Rita turut menjelaskan bahawa dia membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan bekas suami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isa Khan Tegur Ramai Artis Wanita 'Tudung Terbang' Lepas Cerai, Komen Netizen Curi Tumpuan - "Pergi Tegur Ex Wife Kau Dulu"
The post Netizen Petik Nama Aidil Zafuan, Respon Anak Rita Rudaini Curi Tumpuan – “Siapa Tu, Tak Kenal?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






