Ada orang ‘sakau’ Tabung Haji? Rakyat berhak tahu! PM Anwar sedia dedah laporan RCI

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 12:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji akan didedahkan kepada umum selepas yakin institusi itu kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh dan stabil.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini bersetuju untuk menerbitkan laporan berkenaan, namun keputusan itu ditangguhkan kerana Tabung Haji sedang melalui proses pemulihan dan dikhuatiri boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendeposit.

“Ketika itu kita bimbang kerana Tabung Haji dalam proses pemulihan. Kita letak Tan Sri Rashid Hussain dan pasukan baharu untuk membersihkan berdasarkan pandangan serta teguran laporan suruhanjaya.
“Kalau dilakukan terlalu awal, mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan pencarum dan penyimpan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Image from: Ada orang ‘sakau’ Tabung Haji? Rakyat berhak tahu! PM Anwar sedia dedah laporan RCI

Anwar berkata, beliau kini tidak mempunyai halangan untuk mendedahkan laporan berkenaan kerana rakyat berhak mengetahui kandungannya.

“Sekarang saya rasa Tabung Haji telah bertapak baik dan saya tidak ada keberatan sama sekali untuk menerbitkan atau menyebarkannya. Sebab laporan ini ada hak rakyat untuk mengetahui.
“Cuma saya akan teliti dengan Ketua Setiausaha Negara sama ada proses ini perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu. Kalau tidak perlu, saya akan terbitkan hari ini. Kalau perlu, saya tunggu hari Rabu,” katanya.

Mengulas sama ada kesemua lapan jilid laporan itu akan didedahkan, Anwar berkata kerajaan sebelum ini mengambil pendekatan berhati-hati kerana bimbang pendedahan awal boleh mencetuskan pengeluaran besar-besaran simpanan Tabung Haji.

Image from: Ada orang ‘sakau’ Tabung Haji? Rakyat berhak tahu! PM Anwar sedia dedah laporan RCI

Artikel lain: Akmal rayu PMX tangkap, dakwa orang ‘sakau’ Tabung Haji

Beliau berkata, pengurusan terdahulu melibatkan pelanggaran pelbagai peraturan dan salah guna kuasa yang besar, namun enggan melabelkannya sebagai rasuah.

“Selepas bertahun-tahun, saya rasa Tan Sri Rashid dan pasukan telah melakukan tugas yang sangat baik. Mereka menguruskan Tabung Haji sebagai institusi yang diurus dengan baik, telus dan diaudit dengan sempurna.
“Jadi saya melihat tiada sebab mengapa laporan itu tidak boleh didedahkan, namun saya perlu melihat sama ada perlu mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu atau boleh terus mengeluarkannya,”ujar beliau

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menafikan dakwaan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menjual aset strategik Tabung Haji.

Image from: Ada orang ‘sakau’ Tabung Haji? Rakyat berhak tahu! PM Anwar sedia dedah laporan RCI

Beliau menjelaskan penjualan aset bermasalah kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. pada 2018 merupakan keputusan kolektif Kabinet bagi menutup defisit RM10.9 bilion dan menyelamatkan institusi itu. Menurutnya, aset berkenaan kini mula dibeli semula selepas kedudukan kewangan Tabung Haji kembali kukuh.

Sumber: Kosmo! Online (Amir Haikal Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved