“Ada perancangan sebab terlalu rindu” – Zahnita Wilson Mahu Kembali Ke Dunia Peragaan

Entertainment
4 Feb 2025 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali ke pentas peragaan yang dianggap satu ‘padang permainan’ buatnya suatu ketika dahulu.

Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, mengakui selain rindu, dia menyifatkan bidang peragaan itu sebagai caranya untuk meredakan tekanan.

“Insya-Allah saya ada perancangan kembali ke dunia peragaan sebab terlalu rindu. Jadi model bukan sekadar beraksi di depan kamera, apa yang penting, saya seronok.”

“Lagipun kerjaya itu cukup dekat di hati. Cuma saya kena cari masa sesuai dan seseorang yang boleh membantu uruskan kerjaya saya itu.”

“Perancangan ini perlu dibuat secara teliti kerana buat masa ini, saya bergerak sendiri. Saya harap akan ada seseorang yang boleh bantu uruskan kerjaya supaya semuanya lancar.”

image is not available

Kata pelakon utama filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu, dia sudah menerima tawaran menjayakan sesi fotografi untuk majalah fesyen dan kempen mempromosikan produk.

“Setakat ini, saya belum terima kontrak ‘solid’ jadi duta dan sebagainya. Cuma saya ada bekerjasama dengan jenama kosmetik tempatan untuk menjayakan kempen mereka.

“Siapa tahu mungkin Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) akan datang bakal menyaksikan saya beraksi di pentas peragaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas kemungkinan berhijrah ke ibu kota bagi memudahkan urusan kerjaya, Zahnita mengakui belum sedia berbuat demikian.

image is not available

“Keinginan untuk kembali menetap di Kuala Lumpur memang ada. Cuma anak-anak lebih selesa menetap di Kuantan, Pahang. Mungkin sebab faktor sekolah dan kawan-kawan mereka ramai di Kuantan.”

Jelasnya lagi, jika ingin meneruskan perancangan ke ibu kota, ia mungkin mengambil masa selama 3 tahun untuk tunaikan hasrat itu.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.