Ada pihak mungkin tubuh PN baharu - Takiyuddin

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 9:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ada pihak mungkin tubuh PN baharu - Takiyuddin
Takiyuddin

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba menubuhkan gabungan PN baharu susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu setakat ini berdasarkan maklumat yang didengarinya.

“Mungkin, ya, kami menjangka tidak mustahil ada pihak-pihak yang akan menubuhkan PN baharu,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Jelajah Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) Kelantan 2026 di Pasir Tumboh, di sini pada Selasa.

Takiyuddin ketika mengulas kemungkinan itu turut menyebut Parti Pribumi Bersatu Malayisa (Bersatu), namun tidak mengesahkan parti berkenaan mempunyai rancangan untuk menubuhkan gabungan baharu terbabit.

“Adakah Bersatu yang nak tubuh, nak menghidupkan semula PN baharu? Itu kena tanya ‘dialah’,” katanya.

Menurutnya, pihak yang menubuhkan gabungan baharu itu perlu melalui proses pendaftaran yang ditetapkan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Pas akan membincangkan langkah seterusnya bersama kepimpinan parti dan rakan kerjasama politiknya terutama berhubung pengunaan logo bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Apabila dah batal memang kami tak boleh guna logo PN, jadi perkara ini perlu dibincangkan.

“Berkaitan kerjasama dengan UMNO, itu memang tiada masalah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved