“Ada suka, ada duka”- Majlis Kenduri Kahwin Dihentikan Seketika Untuk Beri Laluan Kepada Keranda Jenazah

Entertainment
17 Jul 2022 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kenduri kahwin di Indonesia baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila majlis itu terpaksa dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada sekumpulan pengusung keranda yang mengusung jenazah, lapor Kosmo.

Video pemberian laluan ketika majlis itu telah dikongsikan menerusi Instagram andreli_48 semalam.

Dapat dilihat dalam video berkenaan bahawa keranda jenazah itu diusung di bawah khemah kenduri.

Difahamkan, khemah kenduri yang besar itu didirikan di atas jalan kampung, jadi jalan tersebut ditutup.

Namun, jalan berkenaan juga merupakan satu-satunya jalan untuk ke kawasan tanah perkuburan.

image is not available

Kesemua tetamu dilihat diam seketika untuk menghormati jenazah.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen negara itu yang mengatakan kedua-dua rahsia Allah sedang berlaku sebab tiada siapa satu bila jodoh kita sampai dan bila kita akan pergi menemui Ilahi.

image is not available

Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat majlis kahwin itu tak sepatutnya menutup jalan kampung sebab ia boleh menyusahkan penduduk lain jika tiba-tiba berlakunya kecemasan.

Paling bagus, ada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pengantin diberkati dan tak lupa juga mendoakan jenazah tersebut agar husnul khatimah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.