Ada Tinggi, Ada Yang Rendah, Ini Beza Bacaan Jerebu Antara IPU & AQI

Environment
8 Oct 2026 • 7:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ada Tinggi, Ada Yang Rendah, Ini Beza Bacaan Jerebu Antara IPU & AQI

Bila semak keadaan jerebu di telefon, kadangkala satu aplikasi tunjuk bacaan tinggi, tetapi aplikasi lain pula nampak lebih rendah.

Situasi ini yang membuatkan ramai tertanya-tanya "bacaan mana satu yang betul?"

Sebenarnya, angka yang dipaparkan itu mungkin datang daripada sistem indeks berbeza.

Beza Antara IPU & AQI

Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menggunakan Indeks Pencemar Udara (IPU) untuk melaporkan kualiti udara.

Sementara itu, AQI ialah singkatan bagi Air Quality Index yang digunakan oleh pelbagai negara dan penyedia aplikasi.

IPU/APIMS Malaysia ambil kira enam jenis pencemar

IPU bukan sekadar mengukur jerebu menggunakan satu bacaan sahaja. Menurut JAS, indeks ini dikira berdasarkan subindeks bagi jenis-jenis pencemar udara.

Nilai tertinggi daripada subindeks tersebut akan dipilih sebagai bacaan IPU untuk tempoh berkenaan.

APIMS ialah sistem rasmi JAS untuk memantau dan melaporkan IPU Malaysia.

Pengiraan IPU Malaysia mengambil kira beberapa pencemar utama seperti;

  • Ozon di permukaan bumi (O₃)

  • Karbon monoksida Nitrogen (CO)

  • Nitrogen Dioksida (NO₂)

  • Sulfur Dioksida (SO₂)

  • Habuk halus bersaiz kurang 10 mikron (PM10)

  • Habuk halus bersaiz kurang daripada 2.5 mikron (PM2.5)

  • Kepekatan keenam-enam bahan pencemar ini dicerap secara berterusan selama 24 jam sehari bagi memperolehi nilai rujukan dalam menentukan bacaan IPU.

    Semasa kejadian jerebu, PM2.5 lazimnya menjadi bahan pencemar yang dominan. Dalam bahasa mudah, bacaan IPU yang dipaparkan boleh dipengaruhi oleh pencemar yang paling tinggi pada waktu itu.

    AQI pula ikut sistem yang digunakan

    AQI juga digunakan untuk menggambarkan tahap kualiti udara, tetapi cara pengiraan dan kategorinya bergantung pada negara atau penyedia data.

    Sebagai contoh, AQI Amerika Syarikat menggunakan piawaian dan tempoh purata tertentu untuk pencemar seperti ozon dan zarah halus.

    Sebab itu, angka IPU daripada sumber rasmi Malaysia tidak semestinya sama dengan angka AQI dalam aplikasi antarabangsa.

    Perbezaan itu boleh berlaku kerana kaedah pengiraan, pencemar yang diambil kira, tempoh purata bacaan, lokasi stesen pemantauan dan masa data dikemas kini mungkin tidak serupa.

    Kenapa Nombor Boleh Berbeza?

    1. Sumber data berbeza – stesen rasmi dan sensor persendirian mungkin berada di lokasi berlainan.

    2. Jenis indeks berbeza – IPU Malaysia, US AQI dan sistem indeks lain mempunyai formula serta skala tersendiri.

    3. Tempoh purata berbeza – bacaan semasa atau purata 1 jam tidak semestinya sama dengan indeks yang menggunakan tempoh purata tertentu.

    4. Kaedah pengiraan berbeza – setiap sistem mungkin mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan nilai indeks.

    5. Lokasi sensor berbeza – walaupun dalam bandar yang sama, bacaan PM2.5 boleh berbeza mengikut lokasi dan keadaan setempat.

    Ringkasnya, IPU dan AQI sama-sama membantu kita memahami kualiti udara, tetapi angka antara kedua-duanya tidak semestinya boleh dibandingkan secara terus.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved