“Ada Yang Datang Meminang Tapi..” – Ustaz Wadi Annuar Akui Pernah Berkahwin, Pilih Hidup ‘Solo’ Lepas Berpisah

LocalEntertainment
20 Sep 2024 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa sangka pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar pernah mendirikan rumah tangga, sebelum ini dan hal itu diakui sendiri oleh tuan badan selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai statusnya.

Ustaz Wadi pernah berkahwin

Dapat dilihat dalam keratan klip di TikTok, Ustaz Wadi membuat penjelasan di podcast Apa Cerita? mengenai dirinya pernah berkahwin seusai pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara bagi menuntut ilmu.

Sudah berkahwin dahulu selepas balik, alhamdulillah selepas saya balik (dari menuntut ilmu) 2008, lebih kurang pada tahun 2009. Kemudian beberapa tahun dan bantera perkahwinan itu tidak lama.

@sueyusofpareeth777 Doakan ustaz bertemu jodoh lgi slepas ini dgn wanita yg solehah, dikurniakan chaya mata, bhgia hgga ke jannah amin #ustazwadiannuar ♬ bunyi asal – sueyusofpareeth777

Pendakwah itu turut memberitahu perkahwinan tersebut tidak memperoleh cahaya mata dan kanak-kanak yang sering mengikutinya keluar berdakwah adalah anak jiran.

Tolak lamaran wanita

Namun begitu, dia mendedahkan sebelum ini ada wanita yang melamarnya tetapi Ustaz Wadi menolak dengan baik kerana belum terbuka hati untuk berumah tangga semula.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakkan netizen mendoakan agar pendakwah itu dipertemukan jodoh yang baik-baik dan berharap agar semua urusannya dipermudahkan.

image is not available

image is not available 1 year ago

"Dia Rakam Masa Maki, Kalau Tak Sempat Taubat Neraka Tempatnya" - Ustaz Wadi Annuar Tegur Usahawan Kosmetik Maki Suami