
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memiliki cahaya mata sememangnya merupakan impian setiap pasangan suami isteri. Jika ditanya kepada golongan ini, masing-masing mempunyai bilangan anak yang diimpikan.
Ada yang merancang mahu sekadar dua orang, ada juga yang mahu lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing.
Malah, ada segelintir yang menetapkan tempoh waktu tertentu untuk membesarkan anak sebelum memiliki cahaya mata seterusnya.
Namun tahukah anda, penjagaan jarak kehamilan amat penting buat si ibu dan bayi? Jika terlalu dekat atau terlalu jauh, masing-masing mempunyai risikonya yang tersendiri.
Ibu Berisiko Alami Preeklampsia Jika Jarak Kehamilan Lebih 5 Tahun
Menerusi satu perkongsian oleh seorang doktor perubatan, Dr Shireen dari sebuah klinik swasta di TikTok, dia menjelaskan jarak kehamilan terlalu jauh juga mempunyai risikonya yang tersendiri kepada si ibu dan juga bayi.
Jelas Dr Shireen, ibu mengandung dengan jarak kehamilan lebih lima tahun berisiko untuk mendapat preeklampsia atau darah tinggi sewaktu mengandung.
Apa Itu Preeklampsia?
Memetik Hello Doktor, preeklampsia adalah komplikasi yang kebiasaannya berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil serta turut melibatkan organ hati dan buah pinggang.
Kongsi Dr Shireen, keadaan ini kebiasaannya terjadi apabila badan si ibu terlupa cara untuk beradaptasi ketika kehamilan.
Turut Berisiko Untuk Si Ibu Yang Bersalin Secara Pembedahan
Tambahnya, jarak kehamilan melebihi lima tahun juga berisiko kepada ibu yang pernah bersalin secara pembedahan (caesarean) atau juga dikenali sebagai c-section serta bayi yang akan dilahirkan.
“Banyak juga kajian yang menunjukkan risikonya tinggi untuk c-section kalau jarak antara dua kali mengandung itu lebih daripada lima tahun.
“Berbanding wanita yang hamil kurang daripada lima tahun, risiko untuk anak itu lahir kurang berat atau pramatang pun tinggi juga,” katanya.
Memetik Hello Doktor, wanita yang merancang untuk hamil juga berisiko untuk mengalami Diabetes Gestasi (GDM) iaitu kencing manis yang hanya berlaku ketika hamil sahaja.
Ibu Yang Merancang Kehamilan Perlu Pastikan Badan Sihat
Terang Doktor Shireen lagi, tiada salahnya jika si ibu mahu mengandung lagi namun apa yang penting adalah si ibu perlu memastikan diri berada dalam keadaan sihat.
“Ini tak bermaksud yang kita tidak boleh hamil, jangan takut. Cumanya, bila kita rancang untuk hamil lagi selepas lima tahun daripada anak yang terakhir, kita perlu rancang dan pastikan kita ini sihat.
“Kalau nak, rancang awal dengan doktor, bincang apa yang perlu prevent (elak) dan patut buat. Make sure pergi follow up khusus.
“Kesihatan ibu dan anak boleh dijaga sekiranya kita buat rancangan dan persediaan awal,” jelasnya.
Eh? Betul ke doktor tak bagi jarak kehamilan lebih 5 tahun? Apa risiko kepada ibu dan bayi sekiranya jarak kehamilan panjang berbanding sebelumnya? Kalau dah mengandung, nak buat apa? Dr Shireen, dari Klinik Dr. Muiz ada jawapannya. #familyplanning #kehamilan #doktor #klinikdrmuiz #hamil
Tonton video penuh [DI SINI]
Bila Jarak Kehamilan Yang Ideal Untuk Mengandung Semula?
Memetik Hello Doktor, berdasarkan World Health Organization (WHO), jarak kehamilan yang paling ideal adalah selama 18 hingga 24 bulan.
Namun, kebanyakan pakar perubatan berpendapat tempoh ini perlulah tidak melebihi 60 bulan atau lebih lima tahun.
Malah, terdapat kajian baharu yang mendedahkan jarak mengandung paling ideal adalah bagi tempoh 12 bulan atau setahun, lapor laman perubatan itu lagi.
Hamil Dengan Jarak Terlalu Rapat Juga Boleh Mengundang Risiko Kepada Ibu
Pun begitu, ada kajian juga turut menunjukkan ibu yang hamil dengan jarak terlalu rapat juga mempunyai risikonya tersendiri.
“Kajian yang dijalankan oleh University Of British Columbia dengan kerjasama Harvard T.H. Chan School of Public Health ini turut mendedahkan bahawa mengandung kali kedua terlalu awal akan mengakibatkan peningkatan risiko masalah kesihatan.
“Risikonya adalah berbeza mengikut usia si ibu itu sendiri. Sebagai contoh, ibu yang berusia bawah 35 tahun akan lebih berisiko menghidapi masalah kesihatan jika jarak mengandung terlalu dekat berbanding dengan ibu yang berusia atas 35 tahun,” jelas laman berkenaan.
Antara risiko yang bakal dihadapi oleh ibu mengandung sekiranya jarak kehamilan terlalu awal iaitu kurang daripada 24 bulan pula adalah seperti:
- Kelahiran bayi pramatang
- Kelahiran bayi kurang berat
- Gangguan kongenital
- Skizofrenia
- Ibu mungkin tidak dapat pulih dari proses kelahiran sebelumnya.
Anda ingin anak ramai? Tiada masalah 👌🏻 Asalkan anda mengamalkan jarak mengandung atau "birth spacing". Buat masa…
Posted by Public Health Malaysia on Friday 21 February 2020
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Alami Gangguan Emosi Ada Risiko Meroyan? Ketahui Faktor & Cara Mencegah
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Buku Pink Penting Buat Ibu Hamil. Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kerja Rumah Yang Ibu Hamil Perlu Elakkan, Nampak ‘Simple’ Tapi Memudaratkan!
Source:



![Boleh Ke Putuskan Hubungan Silaturahim Sebab Jadi Mangsa Khianat? Ini Penjelasan UAI [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)


![Tular Kain Rentang Papan Iklan di Lebuh Raya Terbang, Jatuh Atas Kereta [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)