
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini pelakon, Azhar Sulaiman menerusi Facebook miliknya telah bertanya kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abdul Halim mengenai isu pendidikan tinggi dan pinjaman PTPTN
Dalam hantaran tersebut Azhar Sulaiman mengatakan rakyat sudah puas melihat pelbagai kes kleptokrasi dan rampasan wang dan harta benda yang disita oleh kerajaan dari bekas pemimpin-pemipin kerajaan.
Oleh itu, beliau menuntut kerajaan untuk menyelesaikan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum akhir tahun ini justeru berpeluang untuk terus berkhidmat di penggal akan datang. Beliau juga meminta sekurang-kurangan 60% diskaun diberikan kepada peminjam sekiranya ia tidak boleh menyelesaikan semua pinjaman.
Adam Adli tampil jawab persoalan Azhar Sulaiman mengenai PTPTN
Susulan itu, Adam Adli kemudiannya tampil menjawab pertanyaan tersebut serta berterima kasih atas keprihatinan aktor tersebut terhadap agenda pendidikan tinggi dan kepentingan anak-anak.
Dalam satu hantaran di Facebook, Adam memaklumkan bagi tahun 2026, bentuk pendidikan percuma yang diinginkan telah mula dilakukan secara berperingkat.
Hutang PTPTN bagi 10,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dah dilupuskan, yuran OKU di IPTA dikecualikan
“Waalaikumussalam. Selamat pagi Behar. Saya ucap terima kasih Behar selalu beri perhatian terhadap agenda pendidikan tinggi dan kepentingan anak-anak kita.
“Kita mulakan dengan melupuskan hutang masa depan PTPTN bagi 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan. Pada masa yang sama, yuran pengajian bagi pelajar OKU di IPTA juga kini dikecualikan,” ujarnya.
Beliau mengatakan terdapat beberapa langkah lain lagi yang sudah pun dibincangkan secara panjang lebar, mungkin ia belum sampai ke tahap yang diharapkan sepenuhnya, serta tidak semua dapat dilakukan serta-merta.
Dah mula bantu dengan kelompok yang memerlukan, mereka boleh meneruskan dan tamat pengajian tanpa perlu tanggung beban huang
Tambah beliau, walaupun begitu kerajaan secara ringkasnya sudah bermula dengan kelompok yang paling memerlukan.
“Beban hutang masa depan mereka diselesaikan. Mereka boleh meneruskan dan menamatkan pengajian tanpa menanggung hutang baharu, sekali gus menghapuskan risiko pinjaman tersebut menjadi tunggakan atau Pinjam Tidak Berbayar (NPL) pada masa hadapan.
“Langkah ini bukan hanya untuk pelajar baharu. Ia turut melibatkan mereka yang sudah berada dalam sistem dan sedang mengikuti pengajian.
“Berpuas hati? Tidak. Pastinya ia tidak sempurna. Malah, tiada perkara yang boleh dikatakan sebagai ‘polisi sempurna’ – sebab tu semua dasar sentiasa perlu ada penambahbaikan yang berterusan.”
Harap usaha yang dilakukan menuju ke arah yang lebih baik melalui dasar baharu kementerian
Malah beliau berharap semua rakyat Malaysia boleh melihat bagaimana negara sedang bergerak ke arah yang lebih baik melalui beberapa dasar baharu kementerian.
“Yang penting sekarang ialah memastikan langkah ini benar-benar berjalan, kemudian terus berusaha supaya ruang pendidikan tanpa beban hutang ini dapat diperluaskan kepada lebih ramai,” katanya lagi.






