‘Adik sempat pegang tangan mak semasa kebakaran’

20 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Adik sempat pegang tangan mak semasa kebakaran’

IPOH – Mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran yang mengorbankan sepasang warga emas termasuk seorang cucunya maut di sini pagi tadi tidak dapat melupakan saat adiknya memegang tangan arwah ibunya.

Menurut Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, kejadian itu berlaku begitu pantas dan tidak banyak yang mereka boleh lakukan.

Jelasnya, semasa kejadian berlaku, dia tidur di beranda luar rumah sementara adiknya berada di rumah sebelah.

“Nasib baik kebetulan adik saya pun ada dekat rumah jiran. Dia bersama jiran tarik saluran paip air serta segera menelefon bomba. Semua berada di tingkat atas rumah.

“Adik saya cuba masuk ikut pintu depan tetapi tidak boleh lalu panjat ke balkoni belakang cuma dapat capai tangan emak tetapi tidak boleh keluarkan kerana balkoni dikelilingi pagar yang berkunci,” katanya di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini hari ini.

Katanya, kerjanya dalam bidang katering memerlukannya bekerja sehingga lewat malam.

“Sebelum tidur, lebih kurang pukul 11 malam semalam, arwah emak sempat berjumpa dengan saya di beranda luar rumah untuk menutup lampu.

“Dia (arwah emak) macam rasa sesuatu, tidak sedap hati tetapi saya kata jangan cakap macam itu tidak baik selain tidak ada apa-apa akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, ayah kepada Allahyarham Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18, iaitu Hilal Zamri, 37, berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum kejadian itu terjadi.

“Dia memang tinggal bersama datuk dan neneknya dan kali terakhir melawatnya pada Selasa minggu lalu.

“Arwah anak seorang jenis yang periang dan kadang-kadang serius tetapi memang tidak suka menyusahkan orang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Adik sempat pegang tangan mak semasa kebakaran’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved