Warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar

15 Sep 2026 • 8:57 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar

KUANTAN: Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiaminya di Kampung Baru Cendering di sini hampir musnah dalam kebakaran malam tadi.

Warga emas terbabit, Ismail Ali, 65, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.49 malam itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas tiba di lokasi pada pukul 9.52 malam.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 93 meter persegi terbakar dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulfadli berkata, operasi turut mendapat bantuan lapan anggota dari BBP Indera Mahkota bersama sebuah jentera FRT dan lori tangki air.

“Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 11.00 malam dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

The post Warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved