Aduan terhadap perkhidmatan PPUM terlalu banyak, KSN arah tindakan segera

LocalHealth & Fitness
23 Jul 2026 • 3:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aduan terhadap perkhidmatan PPUM terlalu banyak, KSN arah tindakan segera Image from: Aduan terhadap perkhidmatan PPUM terlalu banyak, KSN arah tindakan segera johardy23/07/2026 - 15:15

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani pelbagai isu perkhidmatan kritikal yang dihadapi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menegaskan isu kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.

 

Beliau berkata, PPUM merupakan sebuah hospital pengajar dan skop perkhidmatannya perlu disesuaikan dengan kapasiti serta keupayaannya sebagai hospital pengajar.

 

"Saya telah mengarahkan agar tindakan segera diambil terhadap keputusan-keputusan yang dipersetujui dalam perbincangan ini," katanya.


 

solar

 

Perbincangan itu melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Naib Canselor Universiti Malaya serta pasukan pentadbiran PPUM.

 

Shamsul Azri berkata, perbincangan berkenaan memberi tumpuan kepada isu-isu dasar yang dibangkitkan menerusi aduan rakyat, khususnya berkaitan tempoh menunggu yang panjang, cabaran penyampaian perkhidmatan klinikal serta keperluan memperkukuh sumber tenaga mahir dan kepakaran.

 

Beliau berkata, langkah susulan akan dilaksanakan segera bagi memastikan keputusan yang dipersetujui dapat diterjemahkan kepada penambahbaikan perkhidmatan di PPUM.

 

Menurutnya, kerajaan komited memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam terus diperkasa demi memenuhi keperluan rakyat. - Bernama
 

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved