ADUN BN-PN ‘kunci mulut’ kemelut isu Negeri Sembilan

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 11:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ADUN BN-PN ‘kunci mulut’ kemelut isu Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Pertemuan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) malam ini berakhir tanpa sebarang maklumat rasmi mengenai hasil perbincangan berkenaan.

Pertemuan yang difahamkan melibatkan ADUN-ADUN bermula kira-kira pukul 8.15 malam sebelum berakhir sekitar pukul 11 malam.

Bagaimanapun, pihak media yang ‘berkampung’ di lobi menara bagi mendapatkan perkembangan terkini tidak mendapat sebarang reaksi daripada mereka yang menghadiri pertemuan tersebut.

Difahamkan, sebahagian besar mereka meninggalkan lokasi melalui pintu lain tanpa bertemu petugas media yang menunggu sejak awal malam.

Mesyuarat khas yang bermula pada 8 malam itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertujuan bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut berkenaan.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga ADUN Juasseh Datuk Ismail Lasim serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Turut hadir ADUN Chembong Datuk Zaifulbahri Idris, ADUN Linggi Datuk Mohd Faizal Ramli dan ADUN Sikamat Datuk Razali Abu Samah.

Bagaimanapun difahamkan UMNO akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung hasil pertemuan malam ini.

Pertemuan itu menjadi perhatian susulan perkembangan politik semasa di Negeri Sembilan.-UTUSAN

The post ADUN BN-PN ‘kunci mulut’ kemelut isu Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved