Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran rumah

28 Sep 2026 • 8:34 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran rumah

RAUB – Seorang lelaki warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Dong dekat Gesing di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa yang berusia 80 tahun ditemukan terperangkap di ruang tamu rumah jenis separuh kekal yang terbakar kira-kira 80 peratus.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa yang berusia 76 tahun bagaimanapun dilaporkan selamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Razam Taja Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.56 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.20 malam.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang warga emas lelaki terperangkap di dalam rumah berkenaan ketika kebakaran berlaku.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman dan kawalan bagi memastikan api tidak merebak ke bahagian lain rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

The post Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved