ADUN cederakan isteri: Kes terkini bukan saya – Fahmi

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 2:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ADUN cederakan isteri: Kes terkini bukan saya – Fahmi

GEORGE TOWN – “Kes terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang itu bukan saya.”

Demikian menurut ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini dengan menegaskan bahawa kes baharu membabitkan seorang wakil rakyat yang didakwa mengasari isterinya itu bukanlah dirinya.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada laporan polis berhubung dakwaan seorang ADUN di negeri ini bertindak mengasari isterinya berusia 36 tahun pada Sabtu lalu.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Fahmi sebelum ini pernah berdepan pertuduhan mencederakan isterinya apabila beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada 27 Februari lalu.

Fahmi, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting. -KOSMO! ONLINE

The post ADUN cederakan isteri: Kes terkini bukan saya – Fahmi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved