AEON FacePay Diperkenalkan – Membayar Dengan Menggunakan Imbasan Wajah, Diuji Di Pasaraya AEON KL MidTown

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 8:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AEON FacePay Diperkenalkan – Membayar Dengan Menggunakan Imbasan Wajah, Diuji Di Pasaraya AEON KL MidTown

AEON Credit kini membuat kejutan dan memperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia, sokongan pembayaran dengan imbawasan wajah, dinamakan FacePay. Perkhidmatan ini ditawarkan di Pasaraya AEON KL MidTown sahaja, dan tertakluk kepada pelanggan AEON Credit sahaja buat masa ini.

Image from: AEON FacePay Diperkenalkan – Membayar Dengan Menggunakan Imbasan Wajah, Diuji Di Pasaraya AEON KL MidTown

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendaftar FacePay menggunakan AEON Wallet (bukan AEON Bank), seterusnya melakukan pembelian di AEON Supermarket KL Midtown, dan memilih FacePay pada kaunter layan diri. Pengguna seterusnya hanya perlu imbas wajah, dan menyelesaikan pembayaran, tanpa perlu mengeluarkan dompet atau mengimbas kod QR.

Ciri ini diuji oleh AEON sehingga 31 DIsember 2026 kelak. Untuk makluman, ciri lebih kurang sama sedia digunakan di China. Sebelum ini juga, pihak Zus pernah memperlihatkan sokongan menerima pembayaran dengan imbasan wajah hasil kerjasama dengan AyeFace, namun tidak dilancarkan umum setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved