AFC denda FAM, Israfilov

LocalFootball
11 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

AFC denda FAM, Israfilov

SHAH ALAM, 11 OKT: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didenda AS$1,750 (kira-kira RM7,149) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kerana melanggar peraturan ketika perlawanan kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2027.

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC, skuad B-20 negara menyebabkan permulaan babak kedua lewat selama satu minit 24 saat ketika aksi menentang Laos pada 6 September lalu, lapor Berita Harian.

"Denda hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan, selaras dengan Artikel 11.3 Kod Disiplin dan Etika AFC," menurut keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC.

Sementara itu, Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC turut mengenakan hukuman terhadap tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Eddy Israfilov.

Pemain berusia 34 tahun itu melakukan kekasaran terhadap pemain lawan dan dilayangkan kad merah oleh pengadil ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026/27 menentang Buriram United, 15 September lalu.

Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC memaklumkan Israfilov digantung dua perlawanan termasuk penggantungan automatik satu perlawanan.

Penggantungan itu membabitkan dalam saingan ACLE 2026/27 iaitu aksi menentang kelab Korea Selatan, FC Pohang Steelers, Selasa ini dan pertembungan dengan wakil Thailand, Port FC (27 Oktober).

Israfilov turut diarahkan membayar denda sebanyak AS$2,000 (RM8,171) dan ia perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu dimaklumkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved