“Agama Bukan Bahan Jenaka” – Aaron Ago Dagang Tegur Gurauan Libatkan Paderi Katolik & Biarawati

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

LM Featured Image 900 x 550 px 2160 x 1080 px

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memandang serius kontroversi berhubung ucapan yang menjadikan paderi Katolik dan biarawati sebagai bahan jenaka ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Menurut beliau, apa juga niat di sebalik sesuatu analogi, perkara yang menyentuh institusi keagamaan, para agamawan, kitab suci atau kepercayaan mana-mana penganut tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka.

Beliau menegaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dianggap remeh kerana terdapat batas yang perlu dihormati dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang agama, budaya dan kepercayaan.

Agama bukan bahan jenaka

KPN 2022 12 05 at 094601 1

Aaron berkata, perkara yang mempunyai nilai suci dan dihormati oleh sesuatu komuniti tidak wajar dipersenda, apatah lagi dijadikan bahan gurauan berunsur seksual atau digunakan semata-mata untuk mendapatkan gelak ketawa dan tepukan.

Menurutnya, perbuatan seperti itu boleh menyinggung perasaan penganut agama serta menjejaskan keharmonian yang telah dibina bersama selama ini.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa kebebasan untuk berucap, berpolitik atau berjenaka tidak bermaksud seseorang bebas melanggar sensitiviti agama dan kepercayaan orang lain.

“Prinsip ini mesti terpakai kepada semua pihak tanpa mengira agama, kaum, kedudukan mahupun fahaman politik.”

Minta perkara disiasat jika ada unsur pelanggaran undang-undang

Sehubungan itu, Aaron memohon kementerian dan agensi penguatkuasaan berkaitan meneliti perkara tersebut serta menjalankan siasatan sewajarnya sekiranya terdapat unsur pelanggaran undang-undang.

Antara peruntukan yang disebut ialah Seksyen 298 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan [Akta 574], selain peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Dalam pada itu, beliau turut mengambil maklum mengenai kesediaan individu terbabit untuk memohon maaf.

Aaron berharap perkara tersebut dapat menjadi pengajaran kepada semua pemimpin, penceramah dan masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata, khususnya apabila menyentuh perkara berkaitan agama dan kepercayaan.

Selaras prinsip Kesopanan dan Kesusilaan

Menurut beliau, pendirian tersebut juga selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Prinsip itu, katanya, menuntut setiap rakyat supaya menjaga adab, tutur kata dan tingkah laku dalam kehidupan bermasyarakat.

“Dalam negara yang berbilang agama dan budaya, prinsip ini bukan sekadar ungkapan, tetapi asas penting untuk memastikan perbezaan dihormati, sensitiviti dipelihara dan keharmonian terus dipertahankan.”

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved