Agama bukan bahan jenaka – Akmal Salleh

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 3:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Agama bukan bahan jenaka – Akmal Salleh

PETALING JAYA: Agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka, tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh susulan kenyataan berunsur gurauan yang menyentuh sensitiviti agama.

Beliau berkata, apa yang diungkapkan individu berkenaan perlu dilihat secara serius kerana sekiranya perkara sama dilakukan terhadap imam atau umat Islam, sudah pasti ia akan menimbulkan kemarahan.

“Bayangkan jika lawak paderi yang diungkapkan ini digantikan dengan imam dan orang Islam, maka pastinya kita juga akan marah.

“Maka jika kita marah bila diperlakukan sebegitu, kita tidak seharusnya melakukan perkara sama kepada orang lain juga,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Kontroversi itu tercetus selepas Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said, ketika berucap sebagai jurucakap UMNO Selangor pada PAU 2026, menceritakan jenaka berunsur seksual yang menggunakan watak seorang paderi Katolik dan biarawati.

Jenaka tersebut turut mengaitkan Mazmur 129 dalam Bible dengan ungkapan berbaur seksual, sedangkan ungkapan berkenaan dilaporkan tidak terdapat dalam mazmur tersebut

Sehubungan itu, beliau mendesak individu berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, jenaka yang dikeluarkan itu sama sekali tidak menggambarkan pendirian UMNO, sebaliknya merupakan pandangan peribadi individu terbabit.

“Dan jenaka yang dikeluarkan oleh beliau langsung tidak menggambarkan tentang pendirian UMNO dan itu adalah dari peribadi beliau sendiri.

“Permohonan maaf wajib dilakukan!” katanya. – UTUSAN

The post Agama bukan bahan jenaka – Akmal Salleh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved