'Jika lawak paderi digantikan imam, orang Islam pasti kita juga akan marah' - Akmal Saleh

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jika lawak paderi digantikan imam, orang Islam pasti kita juga akan marah' - Akmal Saleh
Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka susulan kontroversi membabitkan ucapan wakil parti itu yang menyentuh paderi dan biarawati pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan isu sensitif yang pasti akan mengundang kemarahan sekiranya perkara sama turut melibatkan imam dan umat Islam.

"Bayangkan jika lawak paderi yang diungkapkan ini digantikan dengan imam dan orang Islam, maka pastinya kita juga akan marah.

"Jika kita marah bila diperlakukan sebegitu, maka kita tidak seharusnya buat pada orang yang lain juga," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Kontroversi tercetus apabila Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang juga jurucakap UMNO Selangor menceritakan jenaka yang menggunakan watak seorang paderi dan biarawati serta penggunaan surah Mazmur dalam Bible.

Muhamad Akmal mendesak individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, jenaka yang dikeluarkan itu sama sekali tidak menggambarkan pendirian UMNO, sebaliknya ia merupakan pandangan peribadi invidu tersebut.

"Permohonan maaf wajib dilakukan!" tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved