AGC teliti kertas siasatan babit video tular Shuhaily

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 8:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AGC teliti kertas siasatan babit video tular Shuhaily

PETALING JAYA: Penelitian lanjut akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara terhadap kertas siasatan berhubung video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar berkata, kertas siasatan itu telah diterima petang ini dan pihaknya akan meneliti segala aspek siasatan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Penelitian itu termasuk keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta apa-apa keterangan lain yang relevan

“Kami kena semak dan kaji dengan teliti dan akan mengambil sedikit masa,” ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas siasatan berhubung video tular itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Kertas itu akan dirujuk bagi penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Dua laporan diterima daripada dua anggota polis berhubung dakwaan bahawa mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS.

Siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain. – UTUSAN

The post AGC teliti kertas siasatan babit video tular Shuhaily appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved