
TUMPAT: Polis giat mengesan individu yang terlibat dalam kejadian menendang seorang penunggang motosikal di kawasan Pantai Sri Tujuh, di sini, yang tular dalam laman sosial Facebook ‘Info Tumpat Loni’.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung video berkenaan kelmarin dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Khairi berkata, penunggang motosikal berkenaan belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Katanya, mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman asal, termasuk rakaman kamera papan pemuka diminta tampil membantu siasatan.
“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Muhamad Zulazri Mohammad di talian 011-11486922 atau hadir ke balai polis berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN
The post Polis kesan lelaki tendang penunggang motosikal di Pantai Sri Tujuh appeared first on Utusan Malaysia.

![[VIDEO] Lelaki tendang penunggang motosikal diburu polis](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-07-at-08.59.28-1024x573.jpeg)




