Agong Berkenan Hulur Kurniaan Peribadi Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan

22 Apr 2026 • 6:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam meringankan beban keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Justeru, Sultan Ibrahim menitahkan YSIJ untuk menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga yang terkesan akibat kebakaran.

"Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka," titah Seri Paduka Baginda.

Pada Ahad lepas, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan telah memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan menjejaskan lebih 9,000 penduduk.

Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved