
Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim terhadap nasib rakyat dizahirkan apabila Baginda berkenan menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
Menurut kenyataan, sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas dalam insiden berkenaan.
Baginda turut menitahkan agar pihak yayasan berkenaan berhubung dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan dapat diagihkan secara teratur dan sampai kepada semua mangsa yang terlibat.
Baca juga:
Siew Ki jelaskan cadangan isu penternakan babi moden berdasarkan suara rakyat
YDPA akan tentukan calon baharu terajui SPRM
Wanita minta sunting gambar sambut hari lahir suami buat ramai tersentuh
Dalam titah kepada Royal Press Office hari ini, Baginda menzahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut.
“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Baginda.
Terdahulu, kebakaran besar yang berlaku pada Ahad lalu di Kampung Bahagia, Sandakan telah memusnahkan kira-kira 1,000 rumah atas air, sekali gus menyebabkan seramai 9,007 penduduk hilang tempat tinggal dalam tragedi berkenaan.
The post Sultan Ibrahim kurnia sumbangan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan appeared first on The Reporter.






![Kebakaran Di Sandakan: “Saya Tidak Nampak…” – Lelaki Tular Maki Bomba Mohon Maaf, Akui Kesal [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/mangsa-kebakaran-mohon-maaf.jpg?t=1776842181)