Kebakaran di Sandakan: Agong hulur sumbangan peribadi, bantu ringankan beban mangsa

22 Apr 2026 • 2:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Bantu ringankan beban mangsa

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman media sosial rasmi baginda, bantuan tersebut akan disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) sebagai usaha meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Seri Paduka Baginda turut menitahkan YSIJ supaya berhubung dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan sumbangan dapat disampaikan kepada semua keluarga terlibat dengan lancar dan teratur.

“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memperlihatkan beberapa pihak telah mencemuh dan menghina anggota bomba yang sedang bertugas di lokasi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Kebakaran yang berlaku awal pagi kelmarin mengakibatkan kira-kira 1,000 buah rumah di perkampungan atas air tersebut musnah dan difahamkan ia merupakan kejadian ketiga pernah berlaku di kampung berkenaan.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved