Agong berkenan sambut keberangkatan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 5:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Agong berkenan sambut keberangkatan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyambut keberangkatan tiba Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat hari pertama berkenaan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Yang turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berangkat sama Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Selain itu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, serta Timbalan Premier Sarawak turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Kali terakhir mesyuarat itu diadakan pada 11 dan 12 Feb lepas, dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. – BERNAMA

The post Agong berkenan sambut keberangkatan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved