Serian diisytiharkan darurat selepas jerebu semakin buruk

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 5:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Serian diisytiharkan darurat selepas jerebu semakin buruk

SHAH ALAM, 4 SEPT: Seluruh Bahagian Serian di Sarawak kini diletakkan di bawah perintah darurat selepas keadaan jerebu mencapai tahap pencemaran udara yang bahaya, umum Pejabat Perdana Menteri.

Perisytiharan darurat itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong.

“Keputusan ini dibuat setelah nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Darurat bencana akan membolehkan pihak berkuasa persekutuan yang diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengendalikan segala urusan demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan umum.

Indeks pencemaran udara (IPU) di Serian mencatatkan bacaan sehingga 521 setakat pukul 2 petang tadi, lapor Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Image from: Serian diisytiharkan darurat selepas jerebu semakin buruk
Pemandangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kelihatan diselubungi jerebu. Foto BERNAMA

Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan terus memantau perkembangan dari masa ke semasa dan memastikan segala tindakan perlu dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

“Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Perisytiharan darurat sebelum ini pernah dibuat ke atas seluruh Sarawak semasa ancaman jerebu pada September 1997.

Perintah sama dibuat ke atas Kuala Selangor dan Klang pada Ogos 2005 serta beberapa daerah di Johor pada Jun 2013 juga kerana jerebu.

Akhbar Kompas di Indonesia baru-baru ini melaporkan peningkatan besar jumlah titik api di Kalimantan sejak awal Ogos yang lebih separuh daripadanya melibatkan kawasan ladang sawit.

Kebakaran hutan itu menyebabkan pencemaran udara yang tersebar sampai ke Singapura, Brunei, Filipina dan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved