Agong perkenan tamat darurat di Serian

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agong perkenan tamat darurat di Serian

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memperkenan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu teruk sebelum ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, ia turut melibatkan laporan daripada agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian tidak lagi berada di paras
bahaya.

“Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan masih berada pada tahap amat tidak sihat.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Jumaat lalu, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Keputusan itu dibuat selepas kualiti udara di Serian, Sarawak terus berada pada tahap bahaya apabila stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU mencecah 518. – KOSMO! ONLINE

The post Agong perkenan tamat darurat di Serian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved