Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Bapa

18 Jun 2023 • 1:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga - Gambar Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

Turut menzahirkan ucapan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini.

“Terima kasih Ayah,” menurut poster yang turut menampilkan gambar Seri Paduka Baginda berdua serta keluarga dalam hantaran itu.  

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.

'Terima Kasih Ayah' diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved