Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kemangkatan Tengku Baderul Zaman

24 Oct 2026 • 3:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kemangkatan Tengku Baderul Zaman

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan salam takziah kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Tengku Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda berdua turut memanjatkan doa buat Allahyarham Tengku Baderul Zaman agar rohnya mendapat keberkatan, kerahmatan dan keampunan daripada Allah SWT.

“Dipanjatkan doa semoga roh Almarhum dilimpahi keberkatan dan kerahmatan serta diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah Baginda.

Terdahulu, Tengku Baderul Zaman, 51, dilaporkan mangkat pada pukul 1.20 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dijadual disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu selepas diberikan penghormatan terakhir di Balai Islam, Istana Syarqiyyah.

Susulan kemangkatan itu, Sultan Mizan turut menitahkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula hari ini. – UTUSAN 

The post Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kemangkatan Tengku Baderul Zaman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved