Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kemangkatan adinda Sultan Terengganu

24 Oct 2026 • 3:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kemangkatan adinda Sultan Terengganu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan sembah takziah kepada Sultan Mizan Zainal Abidin dan seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan adinda Sultan Terengganu itu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar roh Almarhum dilimpahi keberkatan dan rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Salam takziah kepada Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

“Dipanjatkan doa semoga roh Almarhum dilimpahi keberkatan dan kerahmatan serta diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut hantaran itu.

Tengku Baderul Zaman dilaporkan mangkat pada 1.20 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.- Bernama

The post Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kemangkatan adinda Sultan Terengganu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved