Anwar rafak sembah takziah kepada Sultan Terengganu

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 3:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar rafak sembah takziah kepada Sultan Terengganu

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah takziah kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan adinda baginda, Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut menitipkan doa buat Allahyarham Tengku Baderul serta seluruh kerabat Diraja Terengganu yang berdepan kehilangan itu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhum Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin.

“Mendoakan agar Sultan Terengganu serta seluruh kerabat Diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini,” katanya.

Terdahulu, Tengku Baderul Zaman, 51, mangkat pada pukul 1.20 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Balai Islam, Istana Syarqiyyah bagi penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Susulan kemangkatan itu, Sultan Mizan menitahkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Oktober. – UTUSAN 

 

The post Anwar rafak sembah takziah kepada Sultan Terengganu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved