PM ucap takziah kemangkatan adinda Sultan Terengganu

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 3:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM ucap takziah kemangkatan adinda Sultan Terengganu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan adinda baginda Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhum dalam kalangan para solihin.

“Mendoakan agar Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini. Al-Fatihah,” menurut hantaran di Facebook.

Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. – Bernama

The post PM ucap takziah kemangkatan adinda Sultan Terengganu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved