
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, hari ini.
Menurut Istana Negara , Seri Paduka Baginda dipersembahkan dengan pelbagai perkembangan terkini dalam negara termasuk persiapan sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung esok.
“Saya berharap sambutan kemerdekaan berlangsung dengan lancar.
“Saya juga tidak sabar untuk menyaksikan semua pihak yang terlibat memberikan usaha sebaiknya dalam memperingati peristiwa yang cukup penting dalam sejarah negara kita,” titah Seri Paduka.
Akhbar ini melaporkan, lebih 80,000 orang dijangka membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, esok.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, jumlah kehadiran itu dijangka sama atau melebihi jumlah yang direkodkan pada tahun lalu dan tahun sebelumnya.
Menurut beliau, kemudahan pengangkutan awam yang disediakan sepanjang sambutan kali ini dijangka memudahkan lebih ramai orang untuk hadir. – UTUSAN
The post Agong terima mengadap PM sempena sambutan Hari Kebangsaan appeared first on Utusan Malaysia.

![[VIDEO] Berkampung dalam hujan demi sambut merdeka di Putrajaya](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-30-at-9.23.31-PM-1024x576.jpeg)



![[VIDEO] Dipanggil ‘baby’, anjing K9 terus ‘naik angin’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-30-at-4.55.47-PM.jpeg)
