JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi pada Ahad.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Pertemuan berkenaan berlangsung sehari selepas BN mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 apabila memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Kemenangan itu menyaksikan BN berjaya mengekalkan penguasaan di Johor selepas memenangi 40 kerusi pada PRN Johor 2022, sekali gus memperkukuhkan kedudukan parti berkenaan dalam pentadbiran negeri.






