Agong terima menghadap PM hampir sejam di Istana Bukit Tunku

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 11:25 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Agong terima menghadap PM hampir sejam di Istana Bukit Tunku

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan khas bagi membincangkan hal ehwal tadbir urus negara serta isu-isu semasa di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Sesi pertemuan empat mata itu berlangsung selama hampir sejam, menjadi medan penting buat pucuk pimpinan kerajaan menyembah maklum perkembangan terkini pentadbiran Persekutuan secara terus kepada Seri Paduka Baginda.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi hantaran rasmi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Ismail, fokus utama perbincangan terarah kepada hala tuju dan kelancaran jentera kerajaan.

"Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa," petik kenyataan rasmi tersebut.

Sesi mengadap peringkat tertinggi ini menegaskan peranan berterusan Seri Paduka Baginda dalam memantau urusan tadbir urus negara di samping memastikan koordinasi yang rapat antara Istana Negara dan Kerajaan Persekutuan.

"Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda selama hampir sejam berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini," menurut kenyataan itu lagi.

Pertemuan terbaharu ini sekali gus mencerminkan kestabilan hubungan institusi Diraja dan eksekutif dalam mengemudi Isu-isu nasional demi kesejahteraan rakyat. - 29 September, 2026

The post Agong terima menghadap PM hampir sejam di Istana Bukit Tunku appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved