Agong titah siasat Laporan RCI Tabung Haji 'sehingga ke lubang cacing'

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agong titah siasat Laporan RCI Tabung Haji 'sehingga ke lubang cacing'
Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan 'sehingga ke lubang cacing'.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah langkah itu penting bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga bertitah supaya siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh, tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

"Jangan ada yang terlepas daripada tindakan sekiranya benar-benar didapati bersalah. Yang penting, perkara seperti ini tidak boleh berulang,” titah Seri Paduka Baginda.

RCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535

RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasa

RCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertemuan berlangsung lebih sejam di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai kandungan Laporan RCI TH, selain isu semasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Laporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai dapatan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved