Agong zahir harapan supaya kerajaan negeri Johor jalankan amanah penuh dedikasi

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agong zahir harapan supaya kerajaan negeri Johor jalankan amanah penuh dedikasi
Image from: Agong zahir harapan supaya kerajaan negeri Johor jalankan amanah penuh dedikasi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Johor Bahru, hari ini. Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Johor Bahru, hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu Seri Paduka Baginda telah disembah maklum beberapa perkara, termasuk pentadbiran Kerajaan Negeri Johor selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 baru-baru ini, selain hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.

"Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar Kerajaan Negeri Johor yang telah diberi mandat oleh rakyat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap dasar dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor,” menurut hantaran itu.

Pada PRN Johor ke-16 Sabtu lepas, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan mandat mentadbir Johor selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membentuk semula kerajaan negeri dengan majoriti lebih besar.

Kemenangan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada 2022, sekali gus menguasai majoriti dua pertiga DUN Johor.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved