Ahli Lembaga Pengarah MFL pilih Presiden

LocalFootball
25 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ahli Lembaga Pengarah MFL pilih Presiden

PETALING JAYA:  Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhak untuk mencadangkan individu yang paling layak untuk dilantik sebagai presiden baharu penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, beliau akan melepaskan jawatan Presiden MFL dalam masa terdekat dan tidak akan campur tangan dalam urusan pelantikan presiden baharu.

“Presiden MFL akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah sendiri, tidak dipilih melalui kongres. Ahli Lembaga Pengarah MFL akan menentukan atau pun menamakan siapakah yang akan menjadi Presiden MFL.

“Saya tidak tahu siapa (senarai calon), mengenai perkara itu biarlah Ahli Lembaga Pengarah MFL menentukan,” katanya pada Majlis Sambutan 100 Tahun FAM di Arena Futsal FAM.

Ab Ghani dijangka melepas jawatan Presiden MFL sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 30 September ini bagi memberi tumpuan penuh kepada tugas sebagai Presiden FAM.

Ketika ini, beberapa nama dicanang sebagai calon hangat untuk menggalas jawatan Presiden MFL, antaranya Presiden Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif MFL dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Stuart Ramalingam.

Kerusi Presiden MFL menjadi tumpuan kerana kedudukan itu juga secara automatik menjanjikan jawatan Naib Presiden 2 dalam carta organisasi badan induk bola sepak negara. – UTUSAN

The post Ahli Lembaga Pengarah MFL pilih Presiden appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved