Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan sedondon biru pada pembentangan Belanjawan 2027

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 3:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan sedondon biru pada pembentangan Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan tampil dengan warna baju bertemakan biru ketika menghadiri pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kelihatan segak mengenakan pakaian berwarna biru gelap, antaranya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar.

Turut kelihatan mengenakan pakaian berwarna biru ialah beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Senator, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tampil dengan persalinan berwarna biru cair ketika hadir bagi mengikuti pembentangan belanjawan tahunan itu.

Anwar dijangka menuju ke Parlimen sekitar pukul 3 petang bagi Pembentangan Belanjawan Kerajaan Madani kali kelima yang dijadualkan bermula pada pukul 3.30 petang ini.

Belanjawan 2027 bertemakan ‘Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ berpaksikan tiga tonggak utama Ekonomi Madani, iaitu Menaikkan Siling bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara, Menaikkan Lantai bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat serta Memacu Pembaharuan Tatakelola dalam pentadbiran negara.-UTUSAN

 

The post Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan sedondon biru pada pembentangan Belanjawan 2027 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved