Belanjawan 2027: Lebih 9,000 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap selepas tamat latihan

LocalHealth & Fitness
9 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: Lebih 9,000 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap selepas tamat latihan Image from: Belanjawan 2027: Lebih 9,000 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap selepas tamat latihan amree09/10/2026 - 16:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt — Kerajaan akan menawarkan jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak pada 2027, sekali gus meneruskan usaha menyelesaikan isu pelantikan doktor kontrak dalam perkhidmatan kesihatan awam.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 2023, kerajaan sudah melantik lebih 15,000 doktor kontrak secara tetap, termasuk 4,000 orang pada tahun ini.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

 

"Selepas ini, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan," jelas Anwar.

 

Dalam pada itu, peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditingkatkan kepada RM47.7 bilion berbanding RM46.5 bilion sebelum ini bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan negara," kata.

 

Bagi menghargai sumbangan 47,000 anggota paramedik dan jururawat, kerajaan turut menaikkan bayaran insentif pos basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

 

Kerajaan juga bersetuju meningkatkan insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100 susulan pengorbanan petugas barisan hadapan, termasuk tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang mengorbankan nyawa petugas kesihatan.

 

"Bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit mendapatkan rawatan, peruntukan untuk program penyumberan luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta," tambah Anwar.

 

Skop kerjasama itu akan diperluas dengan penggunaan fasiliti kesihatan swasta, termasuk dewan bedah, bagi membantu sektor awam meningkatkan kapasiti rawatan. 

 

Kerajaan turut menyediakan aturan khidmat secara 'sessional' yang lebih fleksibel kepada pakar kerajaan yang bersara dan pakar swasta, selain memperluas program saringan bayi baru lahir, ujian genetik pranatal dan rehabilitasi.

 

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneruskan pelaksanaan projek Sistem Rekod Perubatan Elektronik di fasiliti kesihatan seluruh negara dengan pelaburan RM1 bilion.

 

Inisiatif berkenaan bertujuan memperkukuh kecekapan sistem kesihatan, meningkatkan akses kepada rawatan serta menambah baik pengurusan rekod perubatan pesakit. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved