Belanjawan 2027: Insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan kepada RM100

LocalHealth & Fitness
9 Oct 2026 • 4:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan kepada RM100

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.

“Kita berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan,” katanya.

September lalu, lima mangsa terkorban selepas helikopter BO-105 yang dinaiki terhempas di Long Lellang, Miri.

Kelima-lima mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, serta empat petugas Kementerian Kesihatan iaitu Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, Alexson Adit Henry, 31, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Anwar berkata, dalam masa sama, bagi menghargai 47,000 anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan, kadar bayaran insentif pos basik akan ditingkatkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Belanjawan 2027: Insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan kepada RM100 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved