Ahmad Zahid enggan layan 'kenyanyukan seseorang'

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 10:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ahmad Zahid enggan layan 'kenyanyukan seseorang'
Ahamd Zahid ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan dakwaan kononnya berlaku campur tangan pihak luar dalam pemilihan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebaliknya menyifatkan kenyataan itu sebagai 'kenyanyukan seseorang' yang tidak memahami realiti politik.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai pengerusi gabungan berkenaan di peringkat kebangsaan mengemukakan watikah serta cadangan nama kepada pihak Istana bagi proses pelantikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

ARTIKEL BERKITAN: Dakwaan PH sertai barisan Exco tidak berasas, sengaja mahu laga-lagakan BN-PN – ADUN BN

"Saya tidak mahu melayani 'kenyanyukan seseorang' yang tidak memahami realiti politik bahawa nama mesti dikemukakan kepada pihak Istana dan sebagai Pengerusi BN tentunya saya perlu mengemukakan watikah dan juga cadangan nama.

"Kalau tugas saya sebagai Pengerusi BN di peringkat kebangsaan dianggap sebagai orang luar, ertinya kenyanyukan itu jelas terpancar daripada wajah orang yang mengatakannya,"  jelas Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini pada Khami

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Wawasan Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim yang mendakwa wujud campur tangan pihak luar dalam proses pemilihan Menteri Besar di negeri itu baru-baru ini. 

Terdahulu Rais mendakwa wujudnya campur tangan dari “luar” dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

Turut dipersoal, pertemuan Ahmad Zahid menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum pelantikan Menteri Besar sebelum itu dan ia tidak diperincikan kepada media.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menolak dakwaan kononnya wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan dilantik sebagai Exco negeri itu.  

"Tidak pernah akan ada," katanya ringkas. 

Sebelum ini wujud dakwaan bahawa ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Ismail.

Ismail memaklumkan senarai Exco akan dimuktamatkan pada Jumaat atau selewat- lewatnya Isnin depan.

PRN Negeri Sembilan yang melabuhkan tirai minggu lalu menyaksikan berakhirnya pentadbiran PH selepas gabungan BN dan Perikatan Nasional meraih majoriti dua pertiga. 

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan gabungan itu 25 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baharu. 

Keputusan itu turut dianggap sebagai antara perubahan landskap politik paling signifikan apabila Negeri Sembilan yang selama ini dilihat sebagai kubu kuat PH akhirnya berjaya dirampas oleh gabungan BN-PN. 

Kejayaan itu juga dilihat mengukuhkan momentum "gelombang biru" susulan kemenangan besar BN di Johor selain membuktikan kerjasama antara kedua-dua gabungan diterima pengundi di negeri berkenaan. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved