Ahmad Zahid gesa PRU16 disegerakan – “Ini kehendak rakyat”

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menggesa supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 diadakan lebih awal, dengan menegaskan bahawa perkara itu bukan sekadar desakan parti, sebaliknya merupakan kehendak rakyat.

Image from: Ahmad Zahid gesa PRU16 disegerakan – “Ini kehendak rakyat”

Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2026, Zahid berkata PRU-16 bakal menjadi medan penting untuk parti itu mendapatkan semula mandat bagi menerajui kepimpinan negara.

“PRU-16 adalah detik penentuan bagi kita mendapatkan semula mandat menerajui kepimpinan. Ini bukan desakan, ini bukan harapan, ini kehendak rakyat.
“Justeru, telah tiba masanya PRU-16 perlu segera diadakan. Setuju? Alang-alang menyeluk pekasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kita dah berlawan, kita lawan, lawan sampai (menang),” katanya dalam ucapan dasar.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mengesahkan komitmen gabungan berkenaan supaya PRU-16 diadakan lebih awal bagi membolehkan kerajaan Persekutuan memperoleh mandat baharu daripada pengundi.

Bagaimanapun, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan UMNO tidak pernah berhasrat untuk ‘tebuk atap’ terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Image from: Ahmad Zahid gesa PRU16 disegerakan – “Ini kehendak rakyat”

“Kita tak pernah berhasrat untuk tebuk atap. Kalau mereka mahu, kita ada cara untuk lakukan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut menyentuh soal kerjasama politik ketika menyampaikan ucapan di hadapan pemimpin PAS yang hadir pada perhimpunan berkenaan.

Artikel lain: PAU 2026: Fadhli Shaari sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘pengisytiharan perang politik’

Beliau mengingatkan bahawa sebarang persefahaman yang dibina perlu disertai kejujuran dan tidak wajar dicemari dengan tindakan mengkhianati rakan.

“Jangan khianat-mengkhianati. Jangan bina persefahaman pada waktu siang tetapi merancang menjatuhkan rakan di malam hari. Jangan perjanjian ditandatangani, dalam masa yang sama ia dimungkiri.
“Jika kerbau diikat pada tali, manusia diikat dengan janji,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved